Imej kelab S.S._Lazio

Jersi tuan rumah Lazio untuk musim 2005-06.

Warna Lazio iaitu putih dan biru muda sebenarnya diinspirasikan oleh lambang kebangsaan Greece oleh kerana pada hakikatnya bahawa Lazio adalah kelab sukan campuran yang dipilih sebagai mengiktiraf Sukan Olimpik Purba dan bersama-sama dengan tradisinya yang berkait dengan Greece.[21]

Asalnya, Lazio memakai pakaian yang dibahagikan dua warna iaitu biru dan putih secara sukuan selain dipakai bersama seluar pendek dan stoking hitam.[22] Selepas beberapa tempoh Lazio memakai baju putih pada awalnya, Lazio kembali kepada warna-warna yang mereka pakai hari ini.[23]

Simbol dan lambang bagi Lazio ialah helang yang dipilih oleh penubuh kelab ini, Luigi Bigiarelli.[24] Ia sebagai pengakuan kepada lambang Zeus (dewa langit dan petir dalam mitologi Greek) yang biasanya dikenali sebagai Aquila. Oleh itu, Lazio menggunakan dua nama samarannya yang berkaitan helang, le Aquile (Helang) dan Aquilotti (Sang Helang). Kini, lambang Lazio menampilkan seekor helang emas bersama perisai putih yang terdapat jalur biru di atas helang itu. Di dalam perisai itu terdapat nama kelab dan warna kelab iaitu biru muda dan putih.